KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Nancy Shukri memaklumkan Hajiji berkaitan program-program untuk memperkasakan wanita khususnya di Sabah yang telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi dibawah
kementeriannya di negeri ini.

Menurutnya, pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Malaysia (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah
melaksanakan Program Wanita Bangkit yang telah melibatkan hampir 2,000 wanita
Sabah dan Program Advokasi Akta Antigangguan Seksual di bawah Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) yang melibatkan lebih 1,000 wanita di negeri ini.

Untuk tahun ini, beliau ingin meluaskan lagi perkhidmatan KPWKM di Sabah  terutamanya untuk memperkasakan wanita.

Beliau diiringi oleh Ketua Pengarah JPW Malaysia, Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail dan
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Puan Nordina Haron.
Nancy berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program rasmi di Lahad Datu.-pr/BNN