KOTA KINABALU: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2024M/1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad. Majlis tahunan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag sejurus tiba di SICC pada pukul 10.15 pagi, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 orang asnaf. Beliau kemudiannya diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya bersama barisan jemaah menteri negeri meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan pelbagai lapisan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima
Haji Kadzim M.Yahya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk
Armizan Mohd Ali dan kenamaan yang lain. Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah. -pr/BNN