TAWAU: Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Dato’ Victor P. Paut bersama Pengerusi, Datuk Hazem Mubarak Musa melakukan lawatan kerja di Tawau, Semporna dan Kunak pada Selasa.

Antara destinasi yang dilawati sempena tinjauan operasi lapangan itu ialah anak syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera – Kunak Refinery Sdn Bhd, Kunak Lipids Sdn Bhd, Sawit Kinabalu Seeds Sdn Bhd (Tawau) dan projek pembangunan hartanah Sawit Kinabalu di Plaza Semporna.

Seusai mendengar taklimat yang diadakan di ketiga-tiga lokasi, Victor dan Hazem bersama rombongan Ahli Lembaga Pengarah menzahirkan rasa puas hati atau ‘thumbs up’ atas kelancaran produksi anak-anak syarikat di bawah naungan GLC Kerajaan Negeri tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Victor Ationg.

Rombongan tersebut juga disertai Ahli Lembaga Pengarah, Fred Stanley Sinidol, Datuk Zakaria Bin Mohd.Edris @ Tubau, Datuk Maming Staming, Yvonne Lim Soo Fung (SU KSK) Abdul Halim Bin Alimuddin dan Syed Khairul Bin Malai Rasheed dan lain-lain.-pr/BNN