MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam, di Istana Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.
Kunjungan itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan kepentingan Sabah dan Melaka.
Hajiji tiba bersama rombongan kira-kira jam 3.35 petang dan disambut Tun Mohd Ali.
Turut mengiringi Ketua Menteri ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Rubin Balang; Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohd Razali Mohd Razi.
Kedua-dua pihak kemudian mengadakan perbincangan mengenai pelbagai aspek sebelum diakhiri dengan jamuan petang.-pr/BNN





