KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menyampaikan sumbangan kepada Syukbah Hal Ehwal Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan pesakit di bawah jagaan Care of Terminally iLL atau COTI di Tanjung Aru.
Ini badalah sebahagian daripada pengisian sempena Program Santunan Kasih Anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS, pada Selasa.
Menerusi program itu, MUTIARA GRS telah menyerahkan sumbangan kepada Syukbah Hal Ehwal Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu berupa cek bernilai RM3,000; dua unit Electric Hospital Bed dan dua unit Heavy Duty Reclining Wheelchair.
MUTIARA GRS turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan serta keperluan lain iaitu lampin pakai buang dan susu kepada pesakit di bawah jagaan COTI di Tanjung Aru.-pr/BNN





