PUTRAJAYA: Athena Forwarding Sdn Bhd sekali lagi menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Ejen Terbaik bagi Sandakan pada Majlis Anugerah Megatonners MASkargo ke-28 yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel, semalam.

Pengarah Urusan Athena Forwarding Sdn Bhd, Encik K.T. Tan, menerima sijil penghargaan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kargo Sdn Bhd, Encik Mark Jason Thomas.

Tan berkata, beliau menghargai pengiktirafan berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada MASkargo atas penganugerahan serta kepercayaan yang diberikan kepada syarikat itu.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan amat bermakna kerana merupakan tahun kedua syarikat itu menerima anugerah sama.

Majlis Anugerah Megatonners MASkargo merupakan acara tahunan yang mengiktiraf ejen logistik, pelanggan dan rakan niaga atas sumbangan mereka dalam pengendalian kargo udara serta kecemerlangan operasi dalam industri berkenaan.

Anugerah itu turut dikenali sebagai ‘Oscar Industri Kargo Udara Malaysia’ kerana menghargai pencapaian dan sumbangan pemain industri dalam sektor berkenaan.-pr/BNN