KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (Presbah), Hj. Yahya Hj. Ahmad telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di pejabatnya di JKNS sini hari ini.
Yahya berkata banyak perkara yang telah dibincangkan dan dikongiskan semasa pertemuan tersebut.
“Kita yakin selepas bekalan vaksin lebih banyak diberkan kepada sabah di masa yang terdekat ini lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dapat dibuka dan lebih ramai rakyat kita dapat divaksinasi.
“Selain itu, saya juga telah meminta agar beberapa tempat di Sabah diberikan perhatian termasuk di Bongawan dimana PPV perlu dibuka di kawasan ini supaya penduduknya tidak lagi perlu bergerak ke daerah lain,” kata Yahya dalam kenyataan medianya hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Rose Nani dan seluruh pasukan kesihatan sabah, sambil berharap semoga semangat muafakat dan kecekapan semua pihak akan mampu melancarkan dan menjayakan pengurusan Covid-19 dan program pemberian vaksin di Sabah. – pr/BNN
Yahya menyerahkan cenderamata kepada Dr. Rose Nani.