KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan
Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, hari ini.

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr.Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Haji Ab Jamal Tun Sakaran.-pr/BNN