PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142, di Perdana Putra, di sini pada Selasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat yang bermula 11 pagi itu, turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.

Esok, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265 di Istana Negara. -pr/BNN