KENINGAU: Ahli Jawatankuasa Penganjur Taman Bandukan Music Festival Tahun 2024 telah diadakan pada hari ini 23 September 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Keningau yang dipengerusikan oleh Tuan Peter J. Moinjil – Pegawai Daerah Keningau merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Keningau.
Penganjuran TBMF2024 akan diadakan pada 29 Nov – 1 Dis di Taman Awam Bandukan, Keningau. Penganjuran ini adalah kali yang ke-3 dan dijangka antara yang terbesar pernah diadakan.
Pelbagai acara menarik seperti Persembahan Band, Artis Tempatan, Persembahan Kebudayaan, Festival Rumah Budaya, Eco-Fitness Carnival, The Kiddos Carnival, Drive & Camp, Camping Kustik, RC Crawler, Pertandingan Dart, Konsert dan banyak lagi.
Rafie Robert – Pengerusi Persatuan Pelancongan & Kebudayaan merangkap Pengerusi Penganjur berkata, Program ini adalah kesinambungan penganjuran acara The Crocker Range Festival. Penganjuran acara seperti ini memberi impak yang sangat baik kepada ekonomi penduduk setempat dan membawa lebih ramai pengunjung luar dan dalam negeri untuk berkunjung ke daerah Keningau dan seterusnya mempromosikan produk-produk pelancongan tempatan. Persatuan ini komited untuk membangunkan industri pelancongan tempatan dengan menganjurkan lebih banyak acara di masa akan datang secara konsisten.
Turut hadir, Encik Mohd. Fawzi Abd. Kadir – Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau dan wakil-wakil daripada Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – pr/BNN