KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Sabah International Convention Centre(SICC) pada Isnin.

Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang itu membincangkan pelbagai perkaratermasuk kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akandatang, serta memperkukuh gerak kerja organisasi di semua peringkat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden, Datuk Dr.Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Datuk Rubin Balang danDatuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari, DatoSri Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua-ketua Sayap dan barisan kepimpinan tertinggi part itu.

Sementara itu, Hajiji turut meluangkan masa minum petang bersama Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di foyer Dewan Kinabalu, SICC.-pr/BNN