KENINGAU:Kumpulan Marhaban Shoutul Madani menerima sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman sebagai tanda sokongan kepada penyertaan mereka dalam Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Keningau yang bakal berlangsung pada 7 Ogos ini di Dewan Masyarakat Keningau.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat, Hairul Ahmad Syam yang mewakili Datuk Annuar dalam satu kunjungan ringkas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.
Ustaz Asrizul Nopong hadir menerima sumbangan berkenaan bagi pihak kumpulan marhaban.
Mahrajan Kesenian Islam merupakan acara tahunan yang menghimpunkan bakat-bakat tempatan dalam bidang kesenian Islam seperti marhaban, nasyid dan syarahan, bertujuan memartabatkan seni berunsurkan dakwah dan memperkukuh ukhuwah masyarakat pelbagai lapisan.-pr/BNN