KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan 10 calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan malam ini, yang membawa harapan rakyat Sabah.

Calon-calon terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas menteri, penjawat awam dan profesional. Setiap calon juga telah menandatangani surat aku janji serta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya melanggar amanah kepada parti.

Setiausaha Agung KEADILAN berharap komitmen penuh setiap calon terhadap parti, pengundi, dan kawasan yang diwakili dapat memastikan kejayaan membentuk kerajaan negeri baharu.

Senarai Calon KEADILAN PRN Sabah 2025:

BIL DUN NAMA PENUH

N.18 Inanam Saudara Peto Galim

N.44 Tulid Datin Rufinah binti Pengeran

N.23 Petagas Saudara Awang Husaini bin Sahari.

N.61 Segama Saudara Romansa bin Lamin

N.50 Gum-Gum Saudara Abdul Said bin        Pimping

N.20 Api-Api Saudara Thonny Chee

N.72 Merotai Datuk Haji Rubi bin Haji Ubi

N.42 Melalap Datuk Jamawi bin Ja’afar

N.35 Sindumin Datuk Yamani Hafez bin Musa

N.54 Karamunting Saudara George Hiew

YB Datuk Dr Fuziah Binti Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN