MAKKAH: Selepas mengadakan penglibatan rasmi bersama para pelajar Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir serta merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb Sheikhul Azhar, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, telah meneruskan perjalanan ke Madinah dan Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Semasa berada di Madinah, Tun turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan para pelajar Sabah yang sedang menuntut di sana. Beliau seterusnya meneruskan perjalanan ke Makkah.

Ketibaan Tun bersama isteri, Toh Puan Faridah, di Makkah telah disambut dengan penuh mesra oleh Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Arab Saudi, Dato’ Mohamad Syed Bakri Syed Abdul Rahman (di sebelah kiri TYT), bersama isterinya.

Duta Besar dan isteri turut menyertai Tun dan rombongan dalam menunaikan ibadah Umrah. Turut hadir ialah Hassan Ibrahim Abdullah, Pegawai Komunikasi, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah (ketiga dari kanan).-pr/BNN