KUCHING: Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Kasuma Resort, Petra Jaya, di sini hari ini.

Kunjungan hormat tersebut berlangsung dalam suasana mesra, disusuli pertukaran cerita dan kenangan sepanjang mereka bersama dalam Kerajaan Persekutuan, termasuk pengalaman serta cabaran yang dilalui dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Salleh merakamkan penghargaan kepada Tun Wan Junaidi kerana sudi menerima kunjungan beliau dan menyifatkan pertemuan itu sebagai satu kesempatan yang bermakna untuk kembali bertemu dengan bekas rakan Kabinet serta kenalan lama.

Perbincangan berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan, mencerminkan hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua bekas rakan Kabinet berkenaan.

Salleh berkata beliau amat menghargai kesempatan untuk bertemu semula dengan Tun Wan Junaidi dan turut mengucapkan tahniah atas khidmat berterusan beliau kepada Sarawak dan negara.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan pertukaran salam mesra serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.-pr/BNN