KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyertai Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M di Masjid Negeri pada Jumaat.
Turut bersama dalam Majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman dan tetamu lain.
Majlis bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar disertai lebih daripada 1,000 jemaah.-pr/BNN




