Yahya rasmi KOPEKS

0
231
Yahya menerima cenderamata daripada Maznah sambil diperhatikan oleh anggota lembaga KOPEKS yang lain di majlis itu
Yahya menerima cenderamata daripada Maznah sambil diperhatikan oleh anggota lembaga KOPEKS yang lain di majlis itu

TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) ke 42 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, baru baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi KOPEKS, Datuk Hajah Maznah Haji Abd.Ghani.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menyampaikan insentif pendidikan kepada anak-anak anggota KOPEKS yang emerlang dalam peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR di majlis itu.-CE/BNN