Yahya rasmi penyampaian sijil PLPB

0
469
Yahya (duduk, tengah-barisan hadapan) bergambar bersama graduan Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu Kumpulan ke 21 PLPB Putatan
Yahya (duduk, tengah-barisan hadapan) bergambar bersama graduan Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu Kumpulan ke 21 PLPB Putatan

KOTA KINABALU: TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu kumpulan ke 21 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (PLPB) Putatan dan Pengiktirafan Pengusaha Pertanian Cemerlang 2017 di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah, hari ini.

Seramai 45 graduan menerima sijil tamat kursus dan 39 pengusaha pertanian cemerlang menerima pengiktirafan di majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengarah Pertanian Negeri, Encik Idrus Shafie.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menyampaikan anugerah kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu yang dimenangi oleh Joekeria Samuil dari daerah Tongkod dan Pelatih Terbaik Akademik kepada Sylvia Sandraliza Jose@George dari daerah Papar.-CE/BNN