TKM lancar DPNS 3

0
178
Yahya menyerahkan DPNS 3 kepada Ahmad mewakili jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.
Yahya menyerahkan DPNS 3 kepada Ahmad mewakili jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melancarkan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ketiga (DPNS 3) di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) Datuk Joseph P. Guntavid, Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Datuk Rubin Balang, Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Datuk Saddi Abd.Rahman, Pengerusi Safma, Datuk Ujang Sulani, Setiausaha Tetap Kementerian, Encik Ahmad Haji Awang Hashim, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta wakil-wakil industri asas tani dan industri makanan.-CE/BNN