TKM sempurnakan Majlis ESHN

0
213
Yahya menyerahkan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai kepada penerima di majlis itu.
Yahya menyerahkan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai kepada penerima di majlis itu.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyempurnakan Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai kepada 936 orang nelayan kawasan Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna Pasir Putih, dekat sini, kelmarin.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, menerusi pemberian ESHN secara tunai itu, masyarakat nelayan akan lebih merasai dan menghargai bahawa pemberian itu merupakan wang Kerajaan yang dikeluarkan bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Justeru masyarakat nelayan yang layak menerima ESHN wajar berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi bantuan itu. Kerajaan BN begitu prihatin dan sangat mengambil berat terhadap masalah dan keperluan masyarakat nelayan di negara ini”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu, Datuk Haji Arsit Sedi.-CE/BNN