Pengarah politeknik lawat ADK

0
73
Rombongan Politeknik Kota Kinabalu bersama pegawai kanan Balai Polis Menggatal
Rombongan Politeknik Kota Kinabalu bersama pegawai kanan Balai Polis Menggatal

KOTA KINABALU : Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab binti Othman berserta pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Kinabalu mengadakan kunjungan hormat ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Sabah di pejabat pengarahnya, Bakri bin Bibi di sini baru baru ini.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk menjalin kerjasama di antara Politeknik Kota Kinabalu dan AADK dalam pelbagai aspek, terutama dari segi pelaksanaan program-program kesedaran berkaitan kesan gejala dadah dan aktiviti- aktiviti berkaitan khusus untuk para pelajar institusi tersebut.

Terdahulu, Zainab dan pegawai kanan Politeknik Kota Kinabalu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Balai Polis Menggatal, Sub Inspektor Sukumaran Batumalai di pejabatnya Selasa lalu .

Zainab menyerahkan cenderakenangan kepada Sukumaran (dua dari kiri) disaksikan oleh
Mohd. Sahran (kiri) dan Dullah (kanan)

Antara isu perbincangan dalam lawatan tersebut adalah peluang kolaborasi di antara kedua institusi tersebut dalam menyediakan kemudahan kepada para anggota polis yang ingin melanjutkan pengajian tinggi secara separuh masa di Politeknik Kota Kinabalu, disamping isu meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan institusi tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu, Dullah bin Muluk, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Mohd. Sahran Mohiddin serta pegawai-pegawai kanan Politeknik Kota Kinabalu.-CE/BNN