Amnesty tuntut siasat semula kes bunuh Bill Kayong.

0
Ia selepas mahkamah semalam mengejutkan ramai pihak dengan membebaskan seorang ahli perniagaan yang sebelum ini diburu polis.

PETALING JAYA: Pertubuhan hak asasi antarabangsa Amnesty International hari ini menuntut dibuka semula siasatan mengenai kes pembunuhan aktivis PKR Sarawak Bill Kayong, selepas mahkamah semalam melepaskan 3 lelaki tanpa memanggil mereka membela diri.

“Keputusan mahkamah itu bermaksud tidak ada akauntabiliti terhadap kematian Bill Kayong, seorang aktivis alam sekitar dan pejuang hak asasi yang ditembak mati pada 21

Ia selepas mahkamah semalam mengejutkan ramai pihak dengan membebaskan seorang ahli perniagaan yang sebelum ini diburu polis.

Jun 2016 ketika ke tempat kerja,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni Kaliemuthu.

Keputusan melepaskan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dan 2 lelaki lain daripada tuduhan membunuh Bill mengejutkan beberapa pihak, dan mencetuskan kemarahan ahli keluarga dan sahabatnya yang melakukan protes di luar Mahkamah Tinggi Miri semalam.

Lee dan pembantu peribadinya Chin Wui Ching, 50, pemilik pub Lie Chang Loon, 37, serta Mohamad Fitri Pauz, 30, dituduh membunuh dan bersubahat membunuh Bill di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di lencongan Jalan Kuala Baram.

Hakim bagaimanapun memerintahkan Fitri membela diri, selepas melepaskan Chin dan Lie.

Lee sebelum ini diburu polis selama beberapa bulan, selepas meninggalkan Malaysia 2 hari selepas kejadian itu.

Bill atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, merupakan setiausaha PKR Miri, dan aktif memperjuangkan tanah adat daripada dirampas untuk penanaman kelapa sawit di Sungai Bekelit.

PKR semalam berkata keputusan itu bukti penduduk asal Sarawak masih tidak boleh mendapatkan keadilan.

“Sekali lagi, mesej kepada penduduk Sarawak ialah, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menyekat penindasan masyarakat mereka dan penafian hak mereka,” kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Beliau turut mempersoalkan mutu pihak pendakwaan dan sejauh mana mereka serius memastikan sabitan dalam kes itu.

“Bagaimana tahap kecekapan timbalan pendakwa raya dalam menangani kes jenayah besar?

“Apakah pihak pendakwaan benar-benar cuba membangunkan sebuah kes yang kuat?” FMT.