300 sertai program khatam al Quran Perdana

0
167
Yahya (tiga dari kiri) menyaksikan majlis khatam Al-Quran Perdana
Yahya (tiga dari kiri) menyaksikan majlis khatam Al-Quran Perdana

PUTATAN: Seramai 300 peserta terlibat dalam Program Khatam al-Quran Perdana yang diadakan di Masjid Daerah Putatan, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Syukbah Hal Elwal Wanita Masjid Daerah Putatan dengan kerjasama pelajar Kelas Baitul Amal Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah merasmikan program itu yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan serta untuk melahirkan rasa cinta dengan bacaan al-Quranul Karim.

Menurut Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, pembacaan al-Quran bukan sahaja perlu dijadikan amalan pada bulan Ramadan tapi juga hari biasa untuk melipat gandakan pahala yang membacanya.

Katanya, ibu bapa juga seharusnya perlu mendidik anak-anak agar celik al-Quran bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Selain itu katanya, melalui program seperti ini anak-anak mampu menguasai al-Quran seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak tinggi selain berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Program bacaan al-Quran tersebut dipimpin oleh Guru Kelas Baitul Amal, Ustazah Hasnah Abdul Razak.

Para peserta terdiri daripada gabungan muslimah yang mewakili masjid-masjid, surau-surau dan kumpulan-kumpulan usrah yang bergiat cergas di sekitar daerah Putatan.

Turut hadir ialah Penaung Kelas Baitul Amal, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Hj Mohd Zinin, Pengerusi Jawatankuasa Masjid, OKK Haji Yunus Ismail yang juga Ketua Daerah Putatan, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali dan Haji Zainuddin Awang serta Pengerusi Pelaksanan Program Khatam al-Quran Perdana 2017, Hajah Siti Zakiah Hj Mohd Zinin.-BNN