Elak berlakon drama untuk jaga jenama diri – Erra.

0
259
Kini kita boleh melihat Erra dalam pelbagai drama dan telefilem yang menunjukkan beliau lebih terbuka dalam menerima tawaran berlakon.

 

Erra Fazira lega kerana tidak lagi terikat dengan halangan berlakon dalam drama dan telefilem.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 43, berkata, dia dihalang berbuat demikian

Kini kita boleh melihat Erra dalam pelbagai drama dan telefilem yang menunjukkan beliau lebih terbuka dalam menerima tawaran berlakon.

khususnya sekitar tahun 1990-an, kerana perlu menjaga jenama dirinya sebagai pelakon filem, lapor MStar Online.

“Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

“Bukannya apa ketika itu saya kena menjaga jenama saya sebagai pelakon filem.

“Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan,” katanya petik portal itu.

Kini kita boleh melihat Erra dalam pelbagai drama dan telefilem menunjukkan beliau lebih terbuka dalam menerima tawaran berlakon.

Namun beliau tidak mendedahkan siapa atau pihak mana yang membuat halangan tersebut.

Selain itu, beliau juga dalam usaha merakamkan single terbaharu yang tertangguh sementara waktu kerana belum menyelesaikan kerja penulisan lirik.

“Pihak syarikat rakaman mahu saya menulis liriknya yang tertangguh kerana kesibukan dengan tugas lain.

“Bagaimanapun tugas itu saya serahkan kepada seorang penulis lirik dan harap-harap lagu itu dapat dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Erra juga bakal sibuk dengan penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijangka bermula selepas sambutan Aidilfitri.

Kembali kepada filem, industri “mainstream” Erra suatu ketika dahulu, wanita ini akui ia sebagai satu detik yang dinanti-nantikannya. FMT.