1000 peserta menyertai Larian Jubli Turnbull

0
Awang Damit (tiga dari kiri) bersama Fatimah (tiga dari kiri), Nuinda (tengah) dan jemputan lain menyertai senamtari.
Awang Damit (tiga dari kiri) bersama Fatimah (tiga dari kiri), Nuinda (tengah) dan jemputan lain menyertai senamtari.

KOTA KINABALU: Lebih 1000 peserta menyertai Larian Jubli Turnbull (Jubilee Turnbull Run) sempena Ulang Tahun ke 60 Maktab Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu, hari ini.

Peserta larian telah dilepaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Haji Awang Damit Ag. Anak di kawasan letak kereta sekolah itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru-Guru (PIBG), Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Datin Hajah Nuinda Haji Alias.

Larian sejauh 9km itu terbahagi kepada kategori pelajar, veteran dan terbuka untuk lelaki dan perempuan.

Tarian senamrobik turut diadakan di collegian square sebelum peserta dilepaskan.

Menurut Fatimah, larian itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 60 Maktab Sabah selain mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan pelajar, bekas pelajar dan masyarakat dengan warga Maktab Sabah.

“Kita mahu mendekatkan komuniti dengan Maktab Sabah agar mereka lebih faham akan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh sekolah ini”, katanya.-pr/BNN