Yahya lancar program gotong royong

0
220
Yahya menanam pokok bunga sempena program itu.
Yahya menanam pokok bunga sempena program itu.

PUTATAN: TIMBALAN Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas telah melancarkan Program Gotong Royong Menceriakan Masjid Du Yuf Fur Rahman  Kampung Lok Kawi.

Yahya dalam ucapannya mengingatkan penduduk kampung agar sentiasa menceria dan menjaga kebersihan masjid.

Katanya, perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini telah membolehkan rakyat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

“Bukan mudah untuk memupuk dan mempertahankan perpaduan kaum, justeru ianya perlu terus dijaga agar tidak berlaku perselisihan faham rakyat berbilang kaum dan bangsa”, tegasnya.

Menurutnya, penduduk Kampung Lok Kawi beruntung kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan telah membelanjakan RM1.5 juta untuk membina masjid baru itu.

Justeru katanya, rakyat di kawasan berkenaan perlu terus memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir dan membangun negara dan negeri.

Beliau yang menyumbang RM1000 untuk tabung masjid itu turut memuji usaha Jawatankuasa Masjid yang membina tempat solat untuk wanita.

Yahya turut menanam pokok bunga sempena program itu.

Turut hadir Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid, Haji Jasni Zinin dan pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.-pr/BNN