Yahya resmi Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

0
222
Yahya (bertopi) bersama Ahmad (tiga dari kanan), Mohd.Jamil (lima dari kiri), ketua-ketua jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bergambar bersama peserta Konvensyen HPPNS 2017

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2017 di  Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, baru baru ini.

Konvensyen 2 hari itu disertai oleh 150 peserta dari seluruh Sabah. Program tahunan itu dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah.

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Encik Ahmad Haji  Awang Hashim, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah, Encik Mohd.Jamil Abdullah.-pr/BNN