Yahya rasmi penutupan MBV kedua

0
135
Yahya menerima cenderamata daripada George Ngui (dua dari kanan) di majlis itu.
Yahya menerima cenderamata daripada George Ngui (dua dari kanan) di majlis itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan penutupan Kejohanan Taekwondo Jemputan MBV Ke-2 yang diadakan di Dewan Sri Putatan, Putatan, kelmarin.

Kejohanan 4 hari itu dianjurkan oleh MBV Taekwondo Club Sabah, disertai oleh 21 kelab melibatkan kira-kira 600 peserta termasuk dari Miri, Sarawak dan Nunukan (Indonesia).

Turut hadir ialah Presiden MBV Club, Encik George Ngui, Pengerusi Pengajur, Master Ervin Ambu dan Grand Master Barry Voon.-pr/BNN