KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa siri tangkapan yang dilaksanakan wajar di jalankan.
Dato’ Armizan Mohd Ali Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagaian Papar berkata amat malang sekali ada segelintir pihak memilih untuk membawa pelbagai teori konspirasi sebagai reaksi.
Katanya, tangkapan untuk siasatan lanjut berhubung isu dana Kerajaan Persekutuan untuk infrastruktur rakyat luar bandar di Sabah yang didakwa disalah guna melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW) itu telah dipesongkan dari isu sebenar dengan kenyataan-kenyataan berkaitan teori ‘witch hunt’, ‘occupational hazards’ dan banyak lagi.
Menurut beliau, tangkapan SPRM ini adalah sesuatu yang wajar dialu-alukan kerana ia adalah perkembangan yang ditunggu-tunggu setelah pelbagai cerita didengar sejak tahun 2010 (bermulanya NKRA Luar Bandar) berkaitan salah guna kuasa di KKLW dan projek-projek seliaannya yang tertangguh, tidak siap dan ada juga yang dilaporkan ‘siap’ tapi tidak boleh digunakan.
“Lebih penting lagi isu utama dan paling penting adalah siasatan ini melibatkan dana awam yang cukup besar. Ia satu kezaliman dan pengkhianatan kepada rakyat khususnya di luar Bandar,” katanya nya.
“Acapkali kita menuding jari menyalahkan Kerajaan Persekutuan dengan dakwaan kita di Sabah dianak tirikan. Kita bersyukur apabila ribuan juta disalurkan untuk rakyat Sabah oleh Kerajaan Persekutuan menerusi salah satu daripada Fokus Utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia bermula tahun 2010 iaitu agenda Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Pembangunan Luar Bandar.”
Amat malang sekali dana yang disalurkan melalui KKLW tersebut tidak dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab, tambah beliau.
Lebih menyedihkan penyelewengan itu didakwa melibatkan individu-individu anak-anak Sabah sendiri, Armizan yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata.
“Jumlah penyelewangan yang disiasat amat besar mencecah bilion ringgit, Bayangkan berapa ramai rakyat luar bandar di Sabah yang dizalimi dan dinafikan hak akibat penyelewengan ini. Peruntukan besar NKRA Luar Bandar yang diberikan oleh Kerajaan pimpinan Najib Razak itu sepatutnya boleh menyelesaikan isu bekalan, air, elektrik dan jalanraya untuk ratusan ribu masyarakat luar bandar di Sabah di antara tahun 2010 hingga 2015.”
“Kita sewajarnya memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM meneruskan siasatan. Jangan sesekali lupa isu ini melibatkan kepentingan ratusan ribu rakyat luar bandar di Sabah,” katanya lagi.
Beliau berkata, KKLW dituntut untuk menjawap dan menerangkan kepada rakyat Sabah apa tindakan yang sedang diambil untuk mengekang kes-kes penyelewangan peruntukan luar bandar ini daripada berulang.
“Tindakan drastik perlu dilaksanakan untuk memperbetulkan persepsi bahawa Laporan NKRA Luar Bandar KKLW hanya laporan cantik atas kertas, tetapi nilai dan maknanya kepada rakyat terus menjadi persoalan.”-pr/BNN