26 C
Kota Kinabalu, MY
Wednesday, 20 Jun 2018
Home News SPRM menahan tiga individu untuk membantu siasatan

SPRM menahan tiga individu untuk membantu siasatan

0
144

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu temasuk Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini.

Menurut sumber, dua lagi individu yang ditahan merupakan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin kassim, dan Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. -Utusan Online