Mandat kepada BN harus diteruskan-Mizma

0
717
Mizma dan rombongan menziarah mantan WKAN, Jadi Bin Kendawai.

TUNGKU: Rakyat di kawasan Tungku perlu terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjanggi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum  (PRU) ke 14 akan datang, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam, Puan Mizma Appehdullah.
Katanya, BN dan UMNO telah membawa banyak perubahan darisegi pembangunan dan kemajuan untuk rakyat di kawasan tersebut.

“Selain pelbagai jenis program pembangunan telah dilaksanakan untuk faedah rakyat di Tungku, Kerajaan BN sentiasa mencari jalan membantu rakyat pelbagai peringkat terutama golongan kurang mampu dan rakyat termiskin.

Mizma menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan kepada seorang penerima di Kg. Sri Darun.

“Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah memberikan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat yang kurang bernasib baik selain agensi lain yang sentiasa berusaha membantu meningkatkan taraf hidup dan sosial ekonomi rakyat”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dibawah Program Sayang Sabah Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam kepada seramai 60 orang penerima  terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Tungku di Dewan Sri Darun, dekat sini.

Turut serta menjayakan program itu ialah Pemaju Mikim Tungku, Haji Kayum Malanti, JKKK Sri Darun, Mohd.Teris Sembiangan, JKKK Kg Telisai, Shazily Naga, Ketua Kampung (KK) Kg Sri Darun, Sipar Una dan KK Kg.Ulu Teburi, Lwus bin Trangan.

Mizma menyerahkan sumbangan dibawah Program Sayang Sabah kepada penerima yang layak di Dewan Sri Darun.

Mizma dan rombongan Sayang Sabah turut mengadakan ziarah kasih keatas mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKN) Encik Jadi Bin Kendawai.

Mizma berkata, Kerajaan BN telah membukti kemampuannya membangun rakyat dan kawasan luar bandar termasuk mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Tungku agar tidak terpengaruh dengan kempen parti-parti pembangkang yang keluar masuk kampung memburukkan pemimpin dan Kerajaan BN.

“Parti pembangkang hanya mampu menabur berjanji manis untuk memancing sokongan rakyat, sebenarnya apa yang dijanji mereka tidak mungkin dapat mereka tunaikan.

“Justeru, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat parti-parti pembangkang yang hanya muncul menjelang PRU ke 14”, tegasnya.

Mizma berkata, berbeza dengan parti pembangkang, Kerajaan BN bukan sahaja berjanji, malah menunaikan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan rumah kepada rakyat termiskin dan lain-lain untuk faedah rakyat.

Mizma dan rombongan menziarah rumah penduduk kampung.

Katanya, tidak ada sebab untuk rakyat di kawasan luar bandar menyokong parti pembangkang yang belum terbukti kemampuannya mereka.

“Jangan menggadai masa depan anak-anak kita hanya kerana simpati dengan parti pembangkang kerana yang rugi adalah diri sendiri dan generasi akan datang”, jelasnya.-pr/BNN