Yahya serah 2 set penghawa dingin kepada perpustakaan desa Kg Ulu

0
50
Yahya menyerahkan set penghawa dingin itu kepada Penolong Pustakawan,Cik Metornia Joseph sambil diperhatikan jemputan lain dan murid-murid sekolah
Yahya menyerahkan set penghawa dingin itu kepada Penolong Pustakawan,Cik Metornia Joseph sambil diperhatikan jemputan lain dan murid-murid sekolah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan sumbangan 2 unit alat penghawa dingin kepada Perpustakaan Desa Kampung Ulu, Putatan, hari ini.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berharap dengan Perpustakaan Desa itu dilengkapi dengan 2 set alat penghawa dingin akan menarik lebih ramai kanak-kanak dan ibu bapa menggunakan kemudahan itu.

“Perpustakaan Desa ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar para pelajar dan orang ramai dapat memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan menerusi amalan membaca”, katanya.

Beliau turut mengarahkan Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusof agar membantu menambahbaik bangunan perpustakaan itu agar ia lebih ceria dan selesa kepada pengguna.

Turut hadir di majlis itu Haji Ag.Abd.Ghani, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN