Yahya menyampaikan bag sekolah dan alat tulis

0
425
Yahya (5 dari kanan) bersama jemputan dan penerima bag dan alat tulis

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan sebanyak 125 bag sekolah dan alat tulis kepada pelajar-pelajar terpilih daripada 5 buah sekolah rendah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, Putatan hari ini.

Bag dan alat tulis itu adalah sumbangan Yayasan Sabah. Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Hanafia Deman, dan pemimpin masyarakat setempat dan wakil-wakil daripada sekolah-sekolah rendah yang terlibat.-pr/BNN