Penyerahan Zakat perniagaan

0

ZAKAT PERNIAGAAN…Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Federal Land Development Authority) (Felda) Wilayah Sabah, Kol (PA) Datuk Haji Juany Haji Salleh menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM10,236.28 daripada Koperasi  Pekerja Falda Malaysia Berhad bagi pendapatan tahun 2016 kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif (bersongkok) yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di bilik mesyuarat Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Ahli-ahli Majlis Tertinggi MUIS yang baru dan ahli lembaga koperasi yang lain.

Sementara itu, Mohd.Arifin turut mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi MUIS.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MUIS, Haji Junaidi Haji Jumahat.-pr/BNN