Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah anjur kolokium Manifesto orang muda

0
1670
ARMIZAN bercakap kepada pemberita pada sidang media itu. Turut kelihatan ialah Jasnih (dua dari kiri), Mohd.Bahrin (empat dari kiri), Salmie (lima dari kiri).
Armizan (empat dari kiri) bersama Jasnih (tiga dari kiri), Mohd.Bahrin (lima dari kiri), Salmie (enam dari kiri) dan pemimpin pemuda parti komponen BN pada sidang akhbar itu.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah dan Puteri UMNO Sabah akan bekerjasama menyelaraskan penganjuran Kolokium Manifesto Orang Muda yang akan diadakan pada 17 Januari 2018  di Hotel Tabung Haji (TH) dekat sini.

Ketua Sekretariat Kolokium Manifesto Orang Muda, Dato’ Armizan Mohd Ali berkata, objektif utama penganjuran kolokium ini adalah untuk menghimpunkan pimpinan muda dalam BN Sabah bagi membincangkan dan merumuskan syor dan cadangan yang akan diangkat untuk pertimbangan kepimpinan parti dan kerajaan.

“Rumusan Kolokium Manifesto Orang Muda ini meliputi syor dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam penggubalan Manifesto Barisan Nasionai bagi Piiihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Selain itu, ia juga akan menyentuh isu dan perkara yang melibatkan dasar dan program Kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan”, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penganjuran kolokium itu di Bangunan UMNO Sabah, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Pemuda BN Sabah, Jasnih Haji Daya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim, Penolong Bendahari Puteri UMNO Sabah, Puan Salmie Sarinoh dan pemimpin pemuda parti-parti komponen BN Sabah.

Armizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMMO Bahagian Papar berkata, Kolokium Manifesto Orang Muda ini merupakan sebahagian daripada siri interaksi sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah dengan generasi muda di pelbagai peringkat untuk mendengar dan membawa aspirasi mereka kepada pimpinan parti dan kerajaan.

Katanya, kolokium itu juga merupakan kesinambungan daripada Siri Dialog TN50 Negeri Sabah yang dipelopori oleh Tuan Haii Yamani Hafez Musa, Pengerusi Pemuda BN Sabah yang juga Pengerusi Kolokium Manifesto Orang Muda.

ARMIZAN bercakap kepada pemberita pada sidang media itu. Turut kelihatan ialah Jasnih (dua dari kiri), Mohd.Bahrin (empat dari kiri), Salmie (lima dari kiri).-Pix LSK

Menurutnya, dalam Kolokium yang akan berlangsung selama sehari itu, para pemimpin muda dari semua parti Komponen BN Sabah akan membawa suara dan aspirasi orang muda melalui siri interaksi akar umbi yang masing-masing telah laksanakan sebelum ini.

“Syor dan cadangan yang dikumpulkan melalui enam Siri Dialog TN50 Negeri Sabah setakat ini juga akan diperhalusi dan dirumuskan dalam Kolokium ini. Siri Dialog TN50 Bersama Hafez Musa telah berlangsung di daerah Ranau, Kota Marudu, Kadamaian, Sandakan, Long Pasia dan UiTM Sabah serta akan diteruskan ke beberapa daerah lain pada tahun 2018”, tambahnya.

Armizan berkata, pada masa yang sama, Jawatankuasa Penganjur Kolokium membuka ruang kepada seluruh generasi muda di Sabah untuk mengemukakan aspirasi mereka untuk dibawa ke dalam sesi percambahan fikiran kolokium itu.

Beliau berkata, syor dan cadangan boleh dikemukakan kepada sayap-sayap Pemuda BN dan Puteri UMNO Sabah atau terus di dalam Iaman Page Facebook PPUN Sabah atau Hafez Musa.

“Sesungguhnya, suara dan pandangan orang muda adalah amat dihargai dan menjadi keutamaan”, tegasnya.-pr/BNN