Yahya lancar karnival dan projek pendidikan

0
153
Yahya melawat gerai pameran GIATMARA di majlis itu.
Yahya (tiga dari kanan) melancarkan Karnival dan Projek Pendidikan Kesihatan di majlis itu.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melancarkan Karnival dan Projek Pendidikan Kesihatan di balai raya Kampung Tebongon, hari ini.

Karnival itu adalah anjuran bersama Pelatih Jururawat Kesihatan Awam (PJKA) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Klinik Kesihatan Putatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya saringan kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan “pap smear”, cabutan bertuah dan lain-lain.

Yahya melawat gerai pameran GIATMARA di majlis itu.

Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr.Shamsul Kamal Abd.Latif, Pengerusi Projek Pendidikan Kesihatan, Puan Wenne Lasong, Pengerusi JKKK, Encik Awang Jaya dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN