Yahya rasmi jentera pilihanraya pusat daerah mengundi Sailan

0
104
Yahya menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas yang uzur.
Yahya menyerahkan watikan perlantikan kepada Arsit di majlis itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Jenter PilihanRaya UMNO bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sailan dalam kawasan Putatan di Gudang Kopusa Maju, Kampung Ulu Putatan, hari ini.

PDM Sailan diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatam, Dato Sri Arsit Haji Sedi dan kawasan itu mempunyai lebih 2000 pengundi.

Sempena perasmian itu, PDM Sailan turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada 7 orang warga tua yang uzur dan 50 bungkusan makanan ahli-ahli UMNO yang memerlukan dalam kawasan PDM Sailan.

Yahya menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas yang uzur.

Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan turut menyampaikan watikah kepada jentera daerah mengundi itu.

Katanya, amat penting bagi PDM lengkap dengan jenteranya bagi mengenalpasti ahli-ahli UMNO yang menjadi pengundi disesebuah PDM.

“PDM Sailan mendahului PDM lain dalam kawasan Putatan melancarkan jenteranya bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14”, tegasnya.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juriah Palasin, Setiausaha UMNO Bahagian Putatan, Encik Ishar Ramli, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Haji Othman Abd.Hamid dan pemimpin akar umbi.-pr/BNN