Yahya rasmi surau baru

0
111
Yahya menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Surau Muhajirin sambil diperhatikan oleh Ag Abd.Ghani (dua dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat.
Yahya menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Surau Muhajirin sambil diperhatikan oleh Ag Abd.Ghani (dua dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan surau baru –“Surau Muhajirin” Tamu Putatan di pekan Putatan, kelmarin.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, surau yang baru siap dibina itu bagi memberi kemudahan kepada umat Islam termasuk pengunjung yang melawat ke kawasan tamu Putatan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri mahu umat Islam menggunakan surau itu dengan sepenuhnya.

“Kita bersyukur di Putatan ini, dibawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak yang kita rancang dapat kita laksanakan, termasuklah pembinaan Balai Bomba Daerah yang akan dipanggil tender tidak lama lagi.

“Daerah Putatan masih memerlukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Pendidikan Daerah kerana pentadbiran sekarang masih diletak dibawah daerah Penampang”, tegasnya.

Yahya berkata, isu seperti keindahan pekan Putatan, kebersihan, masalah sampah, landscaping dan lain-lain akan ditangani demi kesejahteraan rakyat kawasan ini dan juga pengunjung terutama pelancong asing.

Surau itu dibina berdekatan dengan kawasan tamu menggunakan peruntukan ADUN sebanyak RM50 ribu, dapat menampung 50 orang jemaat dalam satu-satu masa.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusoff, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Mohd. Yunus Ismail, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, pemimpin masyarakat dan pengerusi-pengerusi masjid dan surau.-pr/BNN