Majlis Tahun Baru Cina MCCC

0
149
Frankie (kiri) bersama Johnson Tee (tiga dari kiri), Lau (dua dari kiri), Clement Yeh (kanan), Yong Teck Lee (lima dari kanan), Dr.Wilson (dua dari kanan), James Hwong (empat dari kanan) dan tetamu lain yang hadir.-pix LSK

KOTA KINABALU: Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang (empat dari kiri) dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong  (lima dari kanan) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Johnson Tee merupakan antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah (Malaysia-China Chamber of Commerce (Sabah Branch) dan perasmian Dongshun Group Sdn.Bhd yang diadakan di Jalan Kilang, Kolombong, Kota Kinabalu, hari ini.

Presiden MCCC Cawangan Sabah, Datuk Frankie Liew  (tiga dari kiri) yang juga  Pengarah Urusan Dongshun dalam ucapannya menegaskan MCCC Cawangan Sabah akan terus menganjurkan program dan aktiviti bagi meningkatkan jalinan perniagaan dan hubungan dua hala yang erat diantara  peniaga di Sabah dan China.

Katanya, Sabah yang kaya dengan sumber alamnya menjadi pilihan kepada peniaga China untuk melabur di negeri ini.

Frankie (kiri) bersama Johnson Tee (tiga dari kiri), Lau (dua dari kiri), Clement Yeh (kanan), Yong Teck Lee (lima dari kanan), Dr.Wilson (dua dari kanan), James Hwong (empat dari kanan) dan tetamu lain yang hadir.-pix LSK

“Justeru akan ada lebih banyak usahasama dan kerjasama yang akan dimetrai  diantara peniaga dan usahawan Sabah dengan negara China bagi menerokai bidang perniagaan yang berpotensi diusahakan bersama”, tegasnya.

Turut hadir ialah penasihat kohormat MCCC Cawangan Sabah, Datuk Lau Kok Sing,Tan Sri Datuk Joseph Lo,Prof.Dato’ Dr.Wilson Yong Tung, Datuk James Hwong, Datuk Clement Yeh, mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz wong dan presiden dewan-dewan perniagaan Cina serta ahli jawatankuasa MCCC Cawangan Sabah.-pr/BNN