Yahya serah akbar tutor tajaan kepada sekolah

0
Yahya menyerahakan replica cek tajaan akhbar Tutor kepada Guru Besar SK Tombovo, Encik Nilius Daud@Baktian.

PUTATAN: Timbalan

Yahya (duduk tengah) bergambar bersama pelajar dan guru-guru sempena penyerahan tajaan akhbar Tutor kepada sekolah-sekolah kawasan Petagas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyerahan akhbar Tutor tajaan beliau kepada sekolah-sekolah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Petagas di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo, Putatan, hari ini.

Yahya yang juga ADUN Petagas berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, penajaan ini melibatkan enam sekolah iaitu SK Petagas, SK Tombovo, SK Kem Lok Kawi, SK Tansau, SJK (C) Hwa Shiong dan sebuah sekolah menengah iaitu SMK Tansau. Jumlah pelajar yang menerima tajaan Akhbar Tutor ini seramai 1,256 orang dan sebanyak 21,216 naskhah akan diedarkan sepanjang 16 minggu di mana peruntukkan khas bagi membiayai tajaan ini ialah sebanyak RM27,792.00.

Yahya menyerahakan replica cek tajaan akhbar Tutor kepada Guru Besar SK Tombovo, Encik Nilius Daud@Baktian.

“Saya amat gembira apabila mendapat tahu prestasi peperiksaan secara keseluruhan DUN Petagas telah meningkat dari penguasaan para pelajar yang lulus semua mata pelajaran.  SK Kem Lok Kawi mencatatkan 59.29% Menguasai Tahap Minimum (MTM), diikuti oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu 57.89% dan SK Tombovo 55.42%. Manakala untuk SMK Tansau pula dalam peperiksaan PT3, peratus MTMnya telah meningkat daripada 23.38% kepada 27.48% pada tahun 2017.  Syabas kepada semua warga pendidik sekolah-sekolah DUN Petagas”, katanya.

Menurutnya, rakyat juga harus berterima kasih kepada  Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak putus-putus memberikan kemudahan dalam pelbagai aspek, khususnya pendidikan.

“Selaku ADUN Petagas, saya akan sentiasa memberikan perhatian khususnya kepada yang menjurus ke arah pendidikan anak-anak kita semua supaya anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang dan modal insan yang bernilai kepada agama, bangsa dan negara’, tambahnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pegawai Pendidikan Penampang, Encik Mojuntin Ebin, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.18 Petagas, Haji Ali Hussin Sharin, Guru Besar SK Tombovo, Encik Nilius Daud@Baktian dan Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia Cawangan Sabah, Puan Celestina Ubing.-pr/BNN