Yahya rasmi ‘Sabah World Water Day’

0
152
Yahya (bersongkok) menerima cenderamata daripada Yahiya di majlis itu.
Yahya menyiram air atas bunga sebagai tanda merasmikan persidangan dan pameran itu sambil diperhatikan Ahmad (kanan), Yahiya (tiga dari kiri), Jeffrey (dua dari kiri) di majlis itu.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman merasmikan “Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia Negeri Sabah (Sabah World Water Day) 2018” di Magellen Sutera Harbour, Kota Kinabalu, hari ini.

Persidangan dan pameran dua hari itu dianjurkan oleh Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri Sabah dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah.

Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Ahmad Awang Hashim, Pengarah Pengiran dan Saliran Negeri, Datuk Ir. Haji Yahiya Awang Kahar, Pengerusi Penganjur Persidangan, Ir. Jeffrey Ng Vun Ping.-pr/BNN

Yahya (bersongkok) menerima cenderamata daripada Yahiya di majlis itu.