Yahya pengerusikan mesyuarat persiapan akhir

0
199
Pix LSK
Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (bersongkok) yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Daerah Mengundi (KDM) dan Ketua-Ketua Portfolio UMNO Bahagian Putatan di Dewan Sri Putatan, Putatan, hari ini.

Beliau telah diberi taklimat  persiapan akhir yang telah dibuat oleh KDM dan Ketua Portfolio masing-masing bagi memastikan semua jentera pilihan raya UMNO Bahagian Putatan siap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi (lima dari kanan), Naib Ketua Bahagian, Encik Assan Nasib (enam dari kanan), Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juliah Palasin (tiga dari kiri), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Ir.Shahelmey Yahya (kiri), Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli (tiga dari kanan), Bendahari UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki (dua dari kanan) dan Ketua Penerangan Bahagian, Haji Othman Abd.Hamid (kanan).-pr/BNN