Yahya rasmi sambutan Jubli emas Jabatan Perikanan Sabah

0
697
Yahya melawat gerai pameran sempena majlis itu.-Pix LSK
Yahya merasmikan sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-50 Jabatan Perikanan Sabah bersama Dr. Ahemad dan Ahmad.-Pix LSK

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Perayaan Ulang Tahun Ke 50 Jabatan Perikanan Sabah di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri (MAFI) turut melancarkan Sistem Pengurusan Sumber Akuakultur dan Perikanan Tangkap ( PASMA ).

PASMA merupakan satu sistem pangkalan data geospatial berterusan teknologi remote sensing, GIS dan ICT untuk pengurusan sumber perikanan marin dan akuakultur yang lebih cekap dan efisien.

PASMA berupaya untuk mendigitasi dan menyeragamkan pelbagai proses dan permohonan dalam Jabatan Perikanan Sabah (JPS)  seperti Pendaftaran Pengusaha Perikanan Sabah ( akuakultur dan perikanan tangkap),  permohonan bantuan dan insentif, pendaftaran vessel dan sebagainya.

Yahya menyampaikan Lesen Perikanan (Peralatan Tradisional-Pukat Tangsi) kepada seorang penerima.-Pix LSK

Yahya turut menyampaikan  Anugerah Nelayan dan Penternak Jaya, Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat, Lesen Perikanan Peralatan Tradisional.

Yahya turut merasmikan pameran dan majlis bertemu rakyat sempena perayaan ulang tahun ke 50 jabatan itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap MAFI, Datuk Ahmad Ag Hashim, Pengarah JPS, Dr. Ahemad Sade, ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah MAFI. -pr/BNN