Ewon tinjau jalan raya kampung

0
30
Ewon meninjau jalan luar bandar di Kampung Ulu liawan, Keningau, bersama Rasinin dan Yamin.

KENINGAU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick turun padang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Rasinin Koutis yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar meninjau masalah kerosakan jalan-jalan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Beliau berkata penyelenggaraan jalan-jalan luar bandar adalah antara tumpuan KPLB dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan penduduk kampung.

“Jalan-jalan besar di kawasan luar bandar adalah di bawah bidang kuasa JKR,tetapi kita boleh berbincang dengan kementerian berkaitan untuk memperbaiki jalan berkenaan. Bidangkuasa KPLB hanya melibatkan jalan kampung masuk kawasan rumah-rumah ,” katanya.

Ewon meluangkan masa membuat tinjauan ini selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UPKO di Kg Tanah Merah, Keningau.

Selain kualiti penyelenggaraan jalan-jalan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), turut dibincangkan ialah keperluan menaiktaraf jalan-jalan desa di Kampung Ulu Liawan.

Turut hadir dalam tinjauan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Keningau (Pembangunan), Yamin Karinon.-pr/BNN