Rumah terbuka Hari Raya

0
84

RUMAH TERBUKA…AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd.Arif (dua dari kiri) dan ADUN Kawang, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar (kanan) merupakan antara tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Aidi Moktar (tengah) yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar, hari ini.

Tetamu kenamaan lain yang hadir termasuk Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Haji Apdal dan isteri masing, jemaah kabinet negeri dan Pembantu-Pembantu Menteri.

Turut kelihatan dalam gambar ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Dr Daud Yusof (kiri) yang juga ADUN Bongawan.-Oleh L.S Kuang/BNN