Pesta Magahau Kota Marudu meriah

0
201
JOHAN MGM, Angglen Jakus (duduk) bersama Clealissa Johanis (kiri) dan Viana (kanan).

MATUNGGONG: Sambutan Pesta Magahau Zon Kota Marudu yang diadakan di Pentas Terbuka Kg Bintoson mendapat sambutan hangat.

Acara sambutan Pesta Magahau Zon Kota Marudu.

Perasmian sambutan itu telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah P. 168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah Dun N. 4 Matunggong Encik Barlus Mangabis.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden SAMORA, Encik Jose Modsinupu, En Jominit Kobuhi (Timbalan Ketua penyelaras Warisan Dun matunggong dan naib bahagian P. 168) En Jotiol Madjamam ( Setiausa Penyelaras Warisan Dun Matunggong) , Puan Ruhini Andong  (Timbalan Pengerusi Penyelaras Pesta Magahau Zon Kota Marudu merangkap Pengerusi MGM Induk ) , Encik Fredey Bongirun ( Pengerusi Monurizak Zon Kota Marudu), Cik Flemie Emie Binsew , KK Maralim dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi SAMORA.

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri sambutan itu.

Pelbagai acara tradisi dipersembahkan termasuk acara utama iaitu Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) atau pertandingan ratu cantik, Monurizak (nyanyian),Hontira (sukan tradisi) , mengupas kelapa menggunakan tangan dan gigi dan lain-lain.

Cik Angglen Jakus muncul sebagai Gimpuhut (Johan) MGM (pertandingan ratu cantik) 2018. Cik Clealissa Johanis dan cik Viana Mojikol masing-masing muncul sebagai Naib Johan dan tempat ketiga.  Mereka akan mewakili Zon Kota Marudu ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Bagi acara Monurizak (nyanyian),Medkhatu Simpong
(Johan) ,Helex Keduman@ Sumbing (Naib Johan) dan  Enley Wong (tempat ketiga) yang akan mewakili zon Kota Marudu  ke pertandingan peringkat negeri.

Cik Clealissa Johanis  juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB & Miss Popular Zon Kota Marudu selepas mendapat undian terbanyak dari pengunjung .

Selain acara MGM & Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Matunggong, terdapat enam zon lain lagi yang turut mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon-zon tersebut ialah Zon Kota Marudu yang akan diadakan pada 8 Julai 2018, Zon Kudat (14 Julai 2018), Zon Beluran  (20 Julai 2018), Zon Pitas (21 Julai 2018), Zon Kota Kinabalu (21 Julai 2018) dan Zon Lembah Klang / Semenanjung (tarikh belum ditetapkan).-Oleh L.S Kuang/BNN