Rayvienia johan MGM Zon Kota Kinabalu

0
162
Rayvienia Jane R. Alfred-Atajau (tengah) bersama J Debie Angellisa Johil (kiri) dan Merill Avilia Felix (kanan).
KOTA KINABALU: Rayvienia Jane R. Alfred-Atajau muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu yang diadakan di Dewan Kg Dato, Tebobon, Menggatal, semalam.
Naib Joham dimenangi oleh J Debie Angellisa Johil dan tempat ketiga disandang oleh Merill Avilia Felix.
Mereka akan mewakili Zon Kota Kinabalu ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri pada 31 Julai 2018.
Miss Popular FB: dimenangi oleh Astiara Sabri manakala Miss Popular zon Kota Kinabalu (Undian Pengunjung) pula juga dimenangi oleh Rayvienia Jane R. Alfred-Atajau.
Sementara itu Ron Langad muncul sebagai juara Mitarab Mindolongoi (Monurizak). Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Laikson bin Osindang dan Arlone Milon
JUARA Monurizak…Ronn Langad (tengah) bersama Laikson bin Osindang (kanan) dan
Arlone Milon (kiri).
Mereka juga akan mewakili Zon Kota Kinabalu ke pertandingan Mitarab Mindolongoi peringkat negeri.
Antara juri yang mengadili Mitarab Mindolongoi ialah penyanyi Felix Agus AF.
Mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pakar Seni , Budaya & Adat Momogun,  Dr Paul Porodong telah merasmikan sambutan itu.
Turut hadir ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato Jelani Hamdan yang juga Presiden SAMORA,  Pengerusi Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu , Jonos Lingon, Berman Angkap dan pemimpin-pemimpin masyarakat Rungus sekitar Kota Kinabalu. -Oleh L.S Kuang/BNN