Pesta Magahau Pitas meriah

0
Johan MGM, Cik Evelyn Vincent (tengah) bersama Cik Alysha Anne Yusdie (kanan) dan Cik Natalie Micheal Bouniu (kiri).-Foto Iymrond Qaboox

PITAS: Pesta Magahau Zon Pitas 2018  mendapat sambutan meriah oleh komuniti daerah ini dan sekitarnya.

Sambutan tahun ini yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Kanibongan di sini, menyaksikan kehadiran lebih ramai pengunjung selain acara-acara baru turut diadakan.

Acara Sodop papaktavasi ( SPT) (Gala Nite)

Kemeriahan tidak terhenti dengan berakhirnya acara Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) pada sebelah petang.

Sambutan diteruskan pada sebelah malam dengan acara  Sodop PapakTavasi (SPT) atau ‘ SODOP DUMAZOU GIMPUHUT‘. Fesyen-fesyen dan rekaan terkini dan kontemporari diperaga dan dipertunjukkan pada Malam Gala atau SPT.

Sementara itu, Cik  Evelyn Vincent muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun ( MGM ) bagi Pesta Magahau Zon Pitas 2018 ;  Naib johan dimenangi oleh Natalie Micheal Bouniu dan tempat ketiga disandang oleh  Alysha Anne Yusdie

Kategori Miss Popular FB dimenangi oleh Haniza Matihon. Miss Popular Zon Pitas disandang oleh Cerry Ezly Julain.

Para pemenang Sodop PapakTavasi (SPT).

Bagi Sodop PapakTavasi yang bertemakan –  Sodop Dumazon Gimpuhut, johan dimenangi oleh Cerry Ezly Julain.

Naib Johan dimenangi oleh Natalie Micheal Bouniu. Tempat ketiga dimenangi oleh Vivian Rostin. Gimpuhut Vasi Ningkokoton: dimenangi oleh Alysha Anne Yusdie.

Bagi kategori Mitarab Monurizak pula, johan dimenangi oleh Juniol Masingkin.
Naib Johan  Kelly Andry T. Tempat  ketiga dimemangi Keristy Ambran.

Pegawai Khas  kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Martin Mokujim telah mewakilinya merasmikan sambutan Pesta Magahau Zon Pitas.

Turut hadir ialah Setiausa Politik  kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Madius Tangau Joisin Romut,  Jose Modsinupu Timbalan Presiden SAMORA merangkap Pengerusi Induk Pesta Magahau Negeri Sabah 2018, Timbalan Presiden Bangsa Tombonuo,   Kinsui Sombion, Pengerusi Induk MGM Pesta Magahau 2018 Ruhini Andong, dan para pemimpin masyarakat setempat dan  Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA).-Oleh L.S Kuang/BNN