Video ditular menunjukkan pembangkang terdesak-Bahrin

0
84
Mohd Bahrin Abd.Karim
Mohd Bahrin Abd.Karim

KOTA KINABALU: Video yang ditular mengenai rasuah profil tinggi di Sabab yang telah banyak disunting untuk menjadikannya kelihatan bahawa ianya berita STAR yang  asal dalam talian menunjukkan betapa terdesaknya pihak pembangkang.

STAR baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan penafian mengenai video itu yang menggunakan  logo The Star TV dan The Star Online serta klip videonya tanpa kebenaran.

Mohd Bahrin Abd Karim, penolong setiausaha pergerakan UMNO Sabah berkata video yang digodam itu merupakan contoh yang sangat baik bagaimana berita palsu (tidak benar) digunakan dalam percubaan untuk menipu rakyat untuk berfikir bahawa semua yang dikumpulkan dalam video termasuk semua visual, wawancara dan suara dari semua sumber berasal dari satu sumber yang boleh dipercayai.

“Inilah tektik kotor yang dibuat oleh pihak pembangkang dan tentunya apabila ia menjadi viral, ‘keyboard warrior’ mereka akan menyebar cerita itu,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Undang-Undang dikenakan dibawah Akta Anti Berita Tidak Benar yang baru diluluskan untuk menangani isu tersebut,  dan memuji pihak akhbar STAR atas tindakan segera dan tidak mahu mengaitkan diri dengan video itu.-pr/BNN