Pemuda UMNO buat laporan polis berhubung penularan video klip

0
583
Bahrin (tengah) dengan laporan polis-Pix LSK
Bahrin (tengah) dengan laporan polis-Pix LSK

KOTA KINABALU: Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu berhubung menularan video klip mengenai rasuah profail tinggi di Sabah yang telah banyak disunting dan menyiarkan logo akhbar kumpulan STAR untuk  menjadikannya kelihatan seperti berita STAR yang asal bagi mengelirukan rakyat.

Bahrin yang diiringi oleh beberapa orang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagia berkata, penyebaran video klip itu menerusi aplikasi Whatsapp menunjukkan pihak pembangkang  begitu terdesak.

“Pihak pembangkang menggunakan tektik menyebar berita tidak benar untuk mengaburi mata dan mempengaruhi rakyat sehingga percaya video yang disebar itu adalah laporan media yang sebenar”, tegasnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penyebaran berita tidak besar (fake news) dibawah Akta Anti Berita Tidak Besar yang baru diluluskan dan dikuatkuasa sekarang.-pr/BNN